Empat Lelaki Ditahan Ketika Leka Bungkus Dadah

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 11:53 AM

Mohd Rozi (kanan) dan Pegawai Penyiasat, Inspektor Teen Boon Hwi menunjukkan 63 paket lutsinar berisi heroin dan syabu bernilai RM14,000 yang dirampas dalam satu serbuan ke sebuah motel di Alor Setar Khamis lepas, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Ahad.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kota Setar menyerbu sebuah hotel bajet di sini dan merampas lebih 580 gram heroin dan syabu bernilai kira-kira RM14,000.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata sepasukan pegawai dan anggota dari bahagian itu menyerbu sebuah bilik di hotel bajet tersebut semasa Ops Tapis dan menahan empat lelaki.

Beliau berkata kesemua lelaki itu berkelakukan mencurigakan di dalam bilik kira-kira pukul 1.30 petang Khamis.

"Kami menjumpai 63 paket plastik lutsinar yang mengandungi bahan terlarang dipercayai dadah di atas katil.

"Daripada 63 paket, 45 daripadanya mempunyai berat kira-kira 560.2 gram dipercayai mengandungi heroin manakala 18 paket seberat 20 gm lagi diisi dengan syabu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini, Ahad.

Beliau berkata keempat-empat suspek berusia 29 dan 46 tahun itu akan direman sehingga 30 Jun bagi membantu siasatan.

"Kesemua mereka didapati mempunyai tiga hingga enam rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah. Dua daripada mereka juga terlibat dalam kes jenayah seperti ragut sebelum ini," katanya.

Mohd Rozi berkata kesemua suspek yang dipercayai anggota sindiket keldai dadah di Kotar Setar itu ditahan ketika sedang leka membungkus dadah.

"Kami percaya mereka aktif sejak sebulan yang lalu dan anggota kumpulan ini menggunakan hotel bajet untuk menjalankan aktiviti membungkus dadah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kota Setar , dadah

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan