Gagal Elak Bas Mini Buat Pusingan U, Penunggang Motosikal Maut

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 1:10 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang pemandu bas pelancong maut selepas motosikal yang ditunggangnya gagal mengelak sebuah bas mini yang sedang membuat pusingan U di Jalan Lintas, berhampiran Iramanis, malam Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, mangsa Yusri Ag Yusof, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata kejadian berlaku ketika mangsa yang datang dari arah Lintas menuju Inanam gagal mengelak bas mini berkenaan yang dikatakan cuai membuat pusingan U di lokasi kejadian.

Pemandu bas mini yang datang dari arah Bukit Padang itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: bas mini , kemalangan maut

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan