702 Helai Pakaian Guna Logo JDT Tiruan Dirampas

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2016 6:07 PM

Mohamad Mokhtar Yeop (dua kiri) menunjukkan sebahagian daripada jersi tiruan JDT yang dirampas Khamis lalu.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor merampas 702 pakaian menggunakan logo jenama pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) disyaki tiruan dalam operasi di sebuah premis di sebuah pasar raya besar di sini, Khamis lepas.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Johor Mohamad Mokhtar Yeop berkata operasi dilakukan kira-kira 1.10 petang oleh lima penguat kuasa KPDNKK Johor dan empat anggota polis selepas melakukan pemantauan serta risikan selama seminggu.

"Tindakan operasi dan merampas pelbagai pakaian termasuk jersi bersaiz dewasa dan kanak-kanak, jaket, seluar track serta tuala bernilai RM6,393 itu dilakukan selepas pihak KPDNKK Johor menerima aduan daripada pemilik jenama JDT Southern Tigers iaitu Southern Tigers Sdn Bhd," katanya kepada pemberita, Khamis.

Mohamad Mokhtar berkata setiap pakaian terbabit dijual antara RM3 dan RM29 sehelai dengan kesemuanya dipercayai buatan China.

Beliau berkata pihaknya juga sudah merekodkan keterangan seorang wanita berumur 33 tahun yang merupakan pengurus pasar raya besar terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.

Sementara itu, Pengurus Besar Southern Tigers Sdn Bhd Raja Fouzeel Akmal Raja Zainal berkata pihaknya mendapati kualiti pakaian menggunakan logo disyaki tiruan itu amat rendah berbanding pakaian asli. 

"Southern Tigers Sdn Bhd juga sebenarnya tidak pernah mengeluarkan jersi bersaiz kanak-kanak untuk dijual kepada orang ramai seperti yang dirampas ini. Kami hanya menjual jersi bersaiz dewasa yang dijual pada harga RM189 sehelai,"katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: JDT , jersi tiruan , KPDNKK

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan