Mangsa Mercun Pertama Akan Dipanggil Bantu Siasatan

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2016 12:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu akan merakam percakapan mangsa mercun pertama di Terengganu, Mohd Haiqal Firdaus Mohd Abdullah serta memanggil anggota keluarganya untuk siasatan lanjut berhubung kecederaan yang dialami remaja itu selepas mercun yang dipegangnya meletup.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan dan akan merekod percakapan ibu bapa dan remaja berusia 14 tahun itu, bagaimanapun proses itu dijangka memakan masa berikutan mangsa yang masih ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Siasatan untuk mengetahui punca berlakunya kejadian itu dan dari mana dia memperoleh mercun tersebut. Adakah dia buat sendiri atau beli," katanya ketika dihubungi, Ahad.

Mengulas lanjut, Rosli berkata jika didapati wujud kecuaian di pihak ibu bapa berkemungkinan kes akan dibawa ke mahkamah dan mereka boleh didakwa di bawah kecuaian jenayah atau kesalahan mengikut akta bahan letupan atau akta kanak-kanak yang bersesuaian.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa agar memantau pergerakan anak masing-masing dan tidak membenarkan mereka bermain mercun kerana kerajaan sama sekali melarang perbuatan tersebut.

Pada 16 Jun lepas, Mohd Haiqal Firdaus, dari Kampung Padang Pulut, Dungun menjadi mangsa pertama yang cedera akibat mercun di negeri ini, selepas mercun dipegang mangsa ketika bermain di rumah datuknya di Kampung Tok Kah meletup sebelum sempat dilepaskan dari tangannya.

Mangsa bagaimanapun kini dilaporkan stabil selepas selamat menjalani pembedahan dan kini ditempatkan di Unit Kebakaran HSNZ.

Tags / Kata Kunci: Mercun

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan