Polis Tahan Empat Lelaki Leka Bungkus Dadah

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2016 1:12 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis menahan empat lelaki ketika mereka sedang leka membungkus dadah heroin dan syabu dalam serbuan di sebuah motel di sini pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata mereka didapati menjadikan hotel dan motel murah sebagai tempat untuk memproses dan membungkus dadah bagi mengelakkan daripada dikesan pihak polis.

Dalam serbuan pada 1.30 tengah hari itu, polis merampas 63 paket lut sinar  berisi heroin dan syabu bernilai RM14,000 untuk diedarkan di sekitar Kota Setar, katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, Ahad.

"Semasa serbuan, kesemua suspek sedang sibuk membungkus dadah ke dalam paket kecil di dalam bilik motel tersebut. Hasil pemeriksaan, sebanyak 45 paket heroin seberat 560 gram dan 18 paket syabu seberat 20 gram yang bernilai RM14,000 telah berjaya dirampas," katanya.

Katanya, hasil siasatan mendapati kesemua suspek aktif menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar Alor Setar sejak bulan lalu dengan heroin dijual  RM250 sepaket dan syabu RM150 sepaket.

Mohd Rozi berkata kesemua suspek yang berasal dari Alor Setar itu didapati positif dadah jenis ganja dan masing-masing mempunyai rekod lampau melibatkan kes dadah dan jenayah samun.

Kesemua suspek yang berumur 29 hingga 46 tahun direman sehingga Khamis depan untuk siasatan, katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan