118 Pati Di Tawau Dihantar Pulang Ke Negara Asal

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 5:23 PM

Anggota Imigresen menahan 12 pendatang tanpa izin kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dalam operasi bersepadu di beberapa kawasan pembinaan pada April lalu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Sebanyak 118 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) warga Indonesia yang ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau dihantar pulang ke negara asal mereka kira-kira pukul 5 petang Jumaat.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Tawau, Asparinah Mohd Zain berkata kesemua Pati masing-masing 86 lelaki dewasa, 31 wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki itu dihantar pulang menerusi feri yang bertolak dari Kompleks Pemeriksaan Kastam dan Imigresen, di sini. 

"Tindakan menghantar pulang Pati ini adalah kali ke-20 dilakukan sejak Januari tahun ini dan penghantaran terakhir sebelum Aidilfitri," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Asparinah berkata mereka adalah Pati yang ditahan dalam operasi bersepadu dijalankan jabatan imigresen selain serahan daripada pihak polis dan mereka yang tinggal melebihi tempoh masa ditetapkan.

Kesalahan dilakukan Pati terbabit adalah di bawah Seksyen 6(1)(c) iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan Seksyen 15 (1)(c) iaitu tinggal melebihi had ditetapkan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Pati , Indonesia , Imigresen Tawau

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan