Kastam Rampas 113,000 Kg Mercun Bernilai RM4 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 4:19 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 113,000 kilogram pelbagai jenis mercun di seluruh negara bernilai RM4 juta dalam tempoh Januari sehingga awal Jun tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata mercun yang diseludup dari negara jiran itu dibawa masuk menggunakan pelbagai kaedah melalui jalan darat dan air.

Katanya, kegiatan penyeludupan terutama mercun sememangnya meningkat ketika tiba musim perayaan kerana mendapat permintaan tinggi.

"Oleh itu, JKDM menjalankan operasi dua bulan lebih awal bagi membanteras aktiviti penyeludupan termasuk senjata api," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan 'Jom Minta Resit GST' di sini Sabtu.

Selain itu, beliau berkata kastam turut memantau aktiviti penjualan mercun dan kereta klon secara dalam talian.

Dalam pada itu, Khazali turut mengingatkan peniaga supaya sentiasa mengeluarkan resit jualan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pembeli, dan orang ramai perlu menjadikan amalan meminta resit setiap kali berbelanja suatu kebiasaan.

Peniaga yang engkar boleh didenda mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Pada majlis itu, 20 individu bertuah menerima hadiah peraduan 'Jom Minta Resit GST' bagi tempoh cabutan bulan April-Mei.

Peraduan yang dilancarkan pada April lepas itu bertujuan menggalakkan pengguna meminta resit bagi setiap pembelian serta meningkatkan pematuhan peniaga untuk mengeluarkan resit jualan bercukai GST. - BERNAMA 


Tags / Kata Kunci: mercun , JKDM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan