Polis Terima Tiga Laporan Berhubung Ugutan Pengerusi MyWatch

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 2:43 PM

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga lagi telah tampil dan mendakwa mereka menjadi mangsa kepada Pengerusi MyWatch, Datuk R. Sri Sanjeevan, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara berkata ketiga-tiga mangsa membuat laporan polis secara berasingan, mendakwa mereka diancam dengan cara yang sama seperti mangsa pertama.

"Kami masih dalam proses menyiasat kes ini.

"Tiga orang yang terkini membuat laporan polis ini akan dianggap sebagai saksi," kata Khalid pada sidang akhbar selepas melancarkan "Inisiatif NBOS: Go To Safety Points Bersama Petronas" di stesen Petronas, Jalan Air Kolam, Ampang, di sini, Jumaat.

Ditanya sama ada tindakan akan diambil ke atas mangsa pertama, seorang pengendali perjudian haram yang berusia 38 tahun, Khalid berkata sehingga kini tidak ada perancangan lagi memandangkan pengendali itu adalah saksi.

"Keutamaan kami adalah untuk mencari keadilan dalam perkara itu.

"Tiada siapa yang mengatasi undang-undang," katanya.

Sanjeevan ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah dan peras ugut bagi mendapatkan 'wang perlindungan' daripada operator perjudian haram terbabit.

Sanjeevan, 31, didakwa telah menghubungi pengendali itu kira-kira pukul 2 petang Rabu dan mengancam untuk mendedahkan operasi perjudiannya, melainkan jika dia memberikan wang perlindungan.

Sumber mendedahkan bahawa pengendali itu telah merayu kepada Sanjeevan melalui beberapa perbualan telefon meminta agar 'bayaran' dikurangkan kerana perniagaannya tidak begitu baik.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan