Murid Melecur Disambar Api Di Stesen Minyak - Berita Jenayah | mStar

Murid Melecur Disambar Api Di Stesen Minyak

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 10:15 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pas, Kuala Krai melecur 20 peratus di bahagian muka, badan dan kaki selepas disambar api ketika menemani ibunya mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Guchil, Kuala Krai, pada Khamis.

Saifuddin Ismail Din, 7, dikatakan bermain pemetik api di dalam kereta Proton Wira ketika ibunya, Zakiah Mohd Det, 31, sedang mengisi petrol pada 9 pagi.

Bagaimanapun, selepas hampir dua minit, tiba-tiba menyambar kereta berkenaan dengan mangsa berada di dalamnya.

Saifuddin yang menjerit kesakitan bagaimanapun berjaya dibawa keluar daripada dalam kereta oleh ibunya dan api berjaya dipadamkan oleh pekerja stesen minyak berkenaan.

Bapa murid berkenaan, Ismail Din Awang Nor, 36, ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, berkata, beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi isterinya.

Ismail Din berkata, anaknya itu pada awalnya dikejarkan ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke HRPZII untuk rawatan lanjut.

Ismail Din berkata, dia tidak mengetahui dari mana anaknya memperoleh pemetik api kerana beliau bukan seorang perokok.

"Menurut isteri, dia ada menemui pemetik api di dalam kereta tetapi sudah menyimpannya di tempat selamat.

"Saya bersyukur semuanya selamat walaupun anak saya mengalami kecederaan akibat melecur di beberapa bahagian badan termasuk di muka," katanya.

Katanya, Saifuddin kini dirawat di Unit Kelecuran HRPZII dan tidak dapat bercakap banyak kerana masih trauma dengan kejadian itu. - Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan