Polis Tahan Ketua NGO Anti Jenayah Didakwa Peras Ugut - Berita Jenayah | mStar

Polis Tahan Ketua NGO Anti Jenayah Didakwa Peras Ugut

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 9:38 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anti-jenayah ditahan malam Rabu selepas didakwa menerima wang tunai daripada pengendali perjudian haram.
 
Suspek, seorang 'Datuk' berusia 30-an, ditahan di Plaza Tol Nilai.

Difahamkan pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah menahan suspek.

Sumber mendedahkan bahawa suspek didakwa memeras ugut pengendali perjudian.

Dia dikatakan telah dibayar secara bulanan sebagai pertukaran untuk tidak melaporkan aktiviti perjudian haram itu kepada pihak polis.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan