Polis Nafi Insiden Kereta Uber Diserang 50 Pemandu Teksi

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 10:06 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menyangkal dakwaan kononnya lebih 50 pemandu teksi menyerang seorang pemandu Uber di KL Sentral di sini seperti yang tersebar dalam laman media sosial sejak dua hari lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata kekecohan tersebut hanya melibatkan seorang pemandu teksi dan suspek berusia 44 tahun itu ditahan di Taman Selayang Utama, Baru Caves, 11.15 Rabu malam.

Dalam insiden tengah hari Isnin lepas, katanya suspek dikatakan menendang kereta Uber, sebelum menarik keluar seorang pelancong dan bertelagah dengan pemandu kereta berkenaan.

"Bagaimanapun, pemandu Uber tersebut tidak tampil membuat laporan mengenai insiden itu. Justeru, kami memohon supaya beliau tampil berbuat demikian,"katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Beliau juga menafikan bahawa cermin kereta Uber itu dipecahkan dan pelancong luar negara itu cedera selepas ditarik keluar oleh kumpulan pemandu teksi berkenaan. 

Katanya wanita warga Iran berusia 43 tahun, yang didakwa sebagai pelancong, sebenarnya merupakan pelajar di sebuah universiti tempatan di Skudai, Johor.

"Beliau tiba di KL Sentral bersama anak lelakinya, dan kecederaan di ibu jarinya adalah kerana terkena beg bagasi semasa beg itu dikeluarkan suspek,"katanya.

Amar Singh berkata kes disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

Justeru, beliau menasihatkan pihak terlibat agar tidak bertindak sendiri sehingga melanggar sebarang undang-undang. 

Katanya pihak berkaitan boleh mengemukakan sebarang aduan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). -Bernama

Tags / Kata Kunci: Pemandu Uber , Pemandu Teksi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan