Warga Indonesia Mati Dilibas Parang Di Tawau

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Seorang lelaki warga Indonesia mati dilibas parang ketika mahu mengutip durian di kebun belakang rumahnya di sebuah ladang sawit dekat sini, Rabu malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Mustaffa Maarof Mustaffa berkata kejadian berlaku kira-kira 10.25 malam di Kampung Ranggu, Batu 9, Jalan Apas.

Katanya mangsa yang hanya dikenali sebagai Omar dan berusia 30-an, mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian leher yang hampir putus akibat libasan parang itu.

Sehubungan itu, beliau berkata seorang suspek lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri berusia 39 tahun, ditahan dipercayai terlibat dalam insiden itu.

"Semasa mangsa melalui rumah suspek, anjing peliharaan suspek menyalak sehingga suspek mengesyaki pencuri cuba menceroboh ke dalam kawasan rumahnya dan telah pergi berdekatan bunyi salakan anjing dan bertanya 'siapa' kepada mangsa.

"Namun mangsa hanya membalas 'kenapa' tanpa menyatakan namanya menyebabkan suspek berang dan terus bertindak melibas parang panjang kira-kira 16 inci berserta hulu ke arah mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mustaffa Maarof berkata suspek telah direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Libas parang , Tawau , Warga Indon

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan