JPJ Kedah Buat Laporan Polis Berkaitan Isu Viral Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 4:29 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah membuat laporan di Balai Polis Kuala Ketil, Baling berhubung isu viral rasuah melibatkan seorang anggotanya dalam kejadian pada Selasa lalu.

Pada hari itu, seorang lelaki memuat naik beberapa keping gambar di Facebook di mana seorang anggota JPJ dilaporkan meminta wang rasuah RM300 daripada seorang warga emas selepas dikesan melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di tempat Orang Kurang Upaya (OKU) di Padang Serai, Kulim.

Pengarah JPJ Kedah Ismasuhaimi Shariff ketika dihubungi berkata laporan polis yang dibuat pada pukul 10.34 pagi itu adalah untuk membersihkan nama anggota dan jabatan yang terlibat kerana dakwaan yang diviralkan itu tidak benar.

"Semua dakwaan tersebut tidak benar kerana anggota terlibat hanya mengeluarkan notis di bawah Seksyen 61 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik kenderaan tersebut tanpa saman.

Selain itu, pemeriksaan dibuat selepas mendapati berlaku kesalahan pada nombor pendaftaran kereta dan bukannya kesalahan meletakkan kereta di kawasan tempat letak kereta OKU," katanya.

Ismasuhaimi berkata tindakan boleh dikenakan terhadap pelaku yang berbuat demikian kerana telah menyalurkan maklumat tidak sahih kepada orang ramai dan dia berharap orang ramai jangan mudah percaya dengan maklumat yang disalurkan.

"Saya minta orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara yang tidak sahih kerana mereka juga boleh dikenakan tindakan. Sekiranya benar ada salah laku yang dilakukan oleh anggota JPJ, guna saluran yang betul untuk membuat aduan dan kita akan menyiasat perkara itu dengan adil," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: JPJ Kedah , Viral Rasuah

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan