Beruk Jantan Gigit Kanak-Kanak Ditembak Mati

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Beruk jantan yang menggigit seorang kanak-kanak perempuan di Kampung Paya Mengkuang, Pendang pada Ahad lalu ditembak mati pagi Rabu.

Pengarah Jabatan Perhilitan Kedah, Mohamad Hafid Rohani berkata beruk dari  spesies 'Macaca Nemestrina' itu yang berusia tiga tahun ditembak hasil bantuan penduduk kampung berkenaan.

"Semalam tindakan untuk menembak beruk berkenaan telah dilakukan oleh pihak perhilitan bersama penduduk kampung, namun beruk berkenaan yang menghilangkan diri selepas kejadian itu gagal dikesan.

"Namun kira-kira pukul 11 pagi tadi, kita berjaya mengesan beruk terbabit dan menembaknya," katanya.

Beruk itu dikatakan menyerang dan menggigit Nur Syahadatul Fatehah Mohd Shahbudin, 6 tahun, yang ketika itu sedang bermain dengan sepupu dan beberapa rakannya.

Gigitan beruk itu sehingga menampakkan tulang betis kanak-kanak berkenaan.

Mohamad Hafid berkata haiwan berkenaan dipercayai dipelihara seorang penduduk dan ketika kejadian, ia dipercayai terlepas dari ikatannya.

Pemilik beruk berkenaan sedang dikesan, katanya.

Beliau berkata tindakan menembak mati beruk berkenaan dirujuk kepada Seksyen 55(1) dan Seksyen 55(3) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Akta 716), yang memperuntukkan orang ramai boleh mengambil tindakan sendiri dengan menangkap atau menembak mati beruk.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan