Bill Kayong Tiada Musuh, Tetapi Lantang Suarakan Isu Tanah NCR - Presiden Pedas - Berita Jenayah | mStar

Bill Kayong Tiada Musuh, Tetapi Lantang Suarakan Isu Tanah NCR - Presiden Pedas

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 4:01 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mendiang pemimpin PKR Bill Kayong lantang mempertahankan hak kaum Dayak kepada Hak Adat Bumiputera (NCR), kata Presiden Persatuan Dayak Sarawak (Pedas), Mohd Imran@ Collin.

"Dia memang lantang bercakap mengenai hak berkaitan tanah NCR yang dicerobohi syarikat . Saya tidak fikir dia ada musuh. Dia ada ramai kawan.

"Saya tidak pernah dengar perkara buruk mengenainya atau dia bergaduh dengan sesiapa," katanya kepada The Star Online pada Selasa.

Terdahulu, Kayog yang juga setiausaha Pedas dilaporkan mati ditembak di bahagian leher dan muka ketika memberhentikan trak yang dibaawanya di persimpangan lampu isyarat di Lutong, di utara bandar Miri.

Trak Toyota dengan logo pilihan raya PKR didapati penuh dengan lubang peluru di bahagian tempat duduk pemandu. Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 9.20 pagi berdekatan pasar raya E-Mart di laluan Permajaya-Kuala Baram.

Kayong, 43 yang juga setiausaha cawangan PKR Miri didapati berlumuran darah di kerusi pemandu trak berkenaan.

Mohd Imran berkata, sebelum ini dia tidak pernah tahu jika Kayong pernah diancam pihak tertentu.

"Saya tidak tahu sama ada dia menerima ancaman atau ugutan tetapi dia pernah buat laporan polis pada Ogos atau September tahun lalu selepas menerima ugutan," katanya.

Beliau menambah, Kayong juga bukan seorang yang kaya atau pun ahli perniagaan, sebaliknya dia hanya ahli pertubuhan bukan kerajaan yang lantang bersuara selain ahli parti politik.

Tags / Kata Kunci: Bill Kayong , Pedas , NCR

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan