Khalid Nafi Empat Lagi Rakyat Malaysia Diculik Di Sabah

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 12:16 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan bahawa empat lagi rakyat Malaysia diculik kumpulan militan Abu Sayyaf di luar pantai Sabah minggu lalu.

Bercakap pada sidang media di Bukit Aman pada Isnin, Khalid berkata laporan itu hanyalah khabar angin semata-mata.

"Kami terdengar khabar angin itu juga dan memeriksa dengan rakan sejawatan di Filipina tetapi mereka turut tiada maklumat mengenainya.

"Ia tidak benar," katanya pada sidang media di Bukit Aman selepas menyerahkan sumbangan bungkusan kuih raya kepada anggota polis pada Isnin.

Pada 8 Jun lalu, empat rakyat Sarawak dibebaskan selepas diculik di luar pantai perairan Sabah oleh kumpulan militan Abu Sayyaf pada 1 April.

Empat mangsa culik itu adalah ahli keluarga adik beradik Wong Teck Pang, 31, dan Teck Chi,  29, sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34, (bukan ahli keluarga).

Empat lelaki yang berasal dari Sarawak itu diculik dari kapal 'Masfive 6' yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila oleh sekumpulan lelaki bersenjata Filipina.


Tags / Kata Kunci: kes culik , Sabah , Abu Sayyaf

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan