Kastam Kedah Serbu Rumah Jadi Makmal, Rampas Dadah Bernilai RM2.17 Juta

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 4:25 PM

Zulkifli (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jabatan Kastam Kedah merampas lebih 32 kilogram dadah termasuk heroin, methamphetamine, ketamin serta pil ecstasy dan Erimin 5 dari sebuah rumah yang dijadikan makmal dadah haram di Johor.

Menurut Penolong Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zulkifli Yahya, serbuan itu dijalankan di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Jaya, Ledang, Johor kira-kira pukul 5.15 pagi pada 17 Jun lalu selepas dua hari pemerhatian.

"Tiada siapa yang ditangkap dalam serbuan itu," kata Zulkifli pada sidang media di kompleks Kastam Kedah di sini.

"Pasukan serbuan yang terpaksa memecahkan pintu rumah menemui dadah di ruang tamu dan bilik di tingkat atas," katanya, sambil menambah pelbagai peralatan memproses dadah dan alat pembungkusan juga ditemui di dalam rumah.

"Tiada siapa yang tinggal dalam rumah itu. Ia digunakan khusus untuk aktiviti pemprosesan dadah," katanya.

"Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti pemilik rumah itu dan pihak yang terlibat.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori," katanya, sambil menambah bahawa dadah yang diproses dipercayai untuk pasaran tempatan.

Zulkifli berkata rampasan itu merupakan rampasan dadah terbesar bagi Kastam Kedah dan yang kedua terbesar di negara ini pada tahun ini.

Tags / Kata Kunci: Makmal Dadah , Kastam

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan