Kastam Rampas Dadah Bernilai RM2.17 Juta Di Ledang

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 2:03 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dadah bernilai RM2.17 juta di sebuah makmal memproses dadah di Taman Sri Jaya, Ledang, Johor pada Jumaat lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zulkifli Yahya berkata serbuan dilakukan sepasukan Kastam Kedah kira-kira pukul 5.15 pagi selepas melakukan intipan selama dua hari.

Beliau berkata hasil pemeriksaan dalam rumah tersebut mendapati serbuk caffeine seberat 28.382 kilogram (kg), heroin (4.309 kg), methamphatamine (0.479 kg) dan ketamin (443 gram).

"Kita turut menemui 2,345 pil iaitu 695 biji ekstasi dan 1,650 pil eramin 5 serta pelbagai peralatan untuk memproses dadah. Kesemua dadah ditemui di ruang tamu dan bilik di tingkat atas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JKDM Kedah Isnin.

Katanya tiada tangkapan dilakukan berikutan sepanjang intipan selama dua hari itu serta tiada pergerakan individu yang keluar masuk ke rumah tersebut.

Zulkifli berkata pihaknya terpaksa memotong kunci mangga dan memotong pintu gril untuk masuk ke dalam rumah tersebut ketika serbuan dilakukan.

Katanya rumah tersebut hanya dijadikan tempat untuk menyimpan dan memproses dadah oleh sindiket dan dadah tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan.

"Kita juga sedang mengesan pemilik rumah itu untuk siasatan bagi mengenal pasti suspek terlibat. Kita percaya ini salah satu sindiket terbesar menjalankan ativiti memproses dadah," katanya.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jabatan Kastam , dadah , Ledang

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan