APMM Rampas 14,000 Liter Diesel, Tahan 7 Nelayan Vietnam

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 5:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Cubaan nelayan warga Vietnam menggunakan bot kargo tempatan untuk menyeludup 14,000 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM21,000 tidak berhasil selepas mereka diberkas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim APMM Terengganu, Kapten Maritim Zainolabidin Jusoh berkata tujuh nelayan bersama tekong itu diberkas pada kedudukan 103 batu nautika dari Kuala Terengganu pada 4.25 petang Rabu lepas.

"Ketika menjalani rondaan rutin, kapal APMM mengesan sebuah bot kargo yang sedang bersauh dalam keadaan mencurigakan...hasil pemeriksaan awal ke atas bot kami menahan tiga nelayan termasuk tekong.

"Bagaimanapun hasil pemeriksaan lanjut di Pangkalan Maritim Kuala Terengganu kami menemui empat lagi nelayan yang bersembunyi di dalam sebuah bilik di dalam kapal berkenaan dan lima daripada awak-awak itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Pihaknya tidak menolak kemungkinan diesel itu diperoleh dari nelayan senegara yang bekerja di sini untuk diseludup keluar negara.

Menurut Zainolabidin kesemua suspek yang berusia 18 hingga 50 tahun itu ditahan reman selama dua minggu untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam kes berasingan pihaknya turut memberkas tiga nelayan asing yang menggunakan bot nelayan tempatan kelas C kerana melanggar syarat lesen.

Katanya nelayan yang berusia 22 hingga 30 tahun itu ditahan 12.31 tengah malam tadi pada jarak 26 batu nautika dari Kuala Terengganu.

Zainolabidin berkata pihaknya turut merampas bot bersama peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM500,000.

Jelasnya kesemua mereka dibawa ke jeti pangkalan APMM Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.

Tags / Kata Kunci: APMM , Diesel

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan