Polis Ingatkan Parti Menang Tidak Buat Perarakan

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2016 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Polis pada Sabtu mengingatkan penyokong parti yang menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar, agar tidak melakukan sebarang perarakan bagi meraikan kemenangan mereka selepas pengumuman rasmi dibuat malam ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata ini kerana tindakan sedemikian dikhuatiri boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini selain menimbulkan rasa tidak puas hati dalamn kalangan penyokong parti yang kalah.

"Jika mereka hendak meraikan kemenangan, mereka boleh berbuat demikian di dalam Dewan Sri Bernam, tempat penjumlahan undi dibuat," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar, di sini, Sabtu.

Abdul Samah turut memuji perjalanan kempen dan pengundian di PRK Sungai Besar yang disifatkan antara yang teraman.

Tambahnya kematangan rakyat dalam berpolitik dilihat sebagai faktor utama tempoh berkempen dalam PRK ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

"Diharapkan keadaan ini kekal sehingga pengumuman keputusan malam nanti," katanya.

Mengenai perjalanan proses mengundi hari ini, Abdul Samah berkata setakat ini ia berjalan lancar dan seramai 4,546 anggota polis dikerahkan bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sehingga pengundian berakhir 5 petang nanti.

Katanya, sejak hari penamaan calon sehingga 1 petang tadi sebanyak 21 laporan polis diterima antaranya melibatkan kesalahan membakar dan menconteng poster, menaikkan papan iklan berbau fitnah, mencuri dan mengadakan ceramah tanpa permit.

Keputusan PRK itu yang dijalankan serentak dengan PRK Kuala Kangsar, Perak dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya pada 9 malam nanti oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Seramai 42,365 pengundi biasa layak mengundi hari ini di Sungai Besar selepas 265 (92.6 peratus) daripada 286 pengundi awal melaksanakan tanggungjawab mereka pada Selasa lepas (14 Jun).

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan