Wanita Indonesia Maut Ditetak Di Mantin

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2016 2:21 PM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Seorang wanita warga Indonesia ditemukan mati dengan kesan tetakan di belakang kepala, badan, muka dan bahu di sebuah rumah teres dua tingkat di Mantin, dekat sini,Khamis.

Ketua Polis Daerah Nilai Superitendan Zaldino Zaludin berkata, Balai Polis Mantin mendapat panggilan mengenai penemuan mayat wanita yang terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumahnya pada 11.15 pagi semalam.

"Terdapat kesan luka di bahagian kepala serta badan dan pemeriksaan lanjut mendapati terdapat tujuh kesan tetakan dengan dua di belakang kepala, satu di belakang badan dan baki di muka dan bahu," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.

Beliau berkata pemeriksaan di rumah itu juga menemukan sebilah pisau pemotong daging bersebelahan mayat, yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa yang berusia 43 tahun itu.

Katanya polis percaya kes itu bermotifkan cemburu dan pihaknya kini giat mencari suami mangsa yang berusia 48 tahun, warga Myanmar untuk membantu siasatan kes.

Zaldino berkata fotofit suami mangsa akan diedarkan dan polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran.

"Sehingga kini suami mangsa yang bekerja sebagai pembantu pam minyak di Mantin tidak dapat dikesan dan gagal dihubungi.

"Si mati mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun dan kami akan rakam percakapan anak mangsa," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-- Bernama  

Tags / Kata Kunci: Mantin , Zaldino Zaludin , tetak , Indonesia

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan