Banduan Larikan Diri Diberkas Di Lahad Datu - Polis

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2016 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Banduan kes rogol yang melarikan diri ketika hendak dibawa ke Penjara Tawau untuk menjalani hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan rogol berjaya diberkas semula awal pagi Jumaat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata Mohd Faizal Iman, 36, yang berasal dari Kampung Aman Jaya, Tagasan, Semporna, diberkas kira-kira pukul 1.45 pagi tadi di Division 5, Ladang Tamaco, Lahad Datu oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

"Antara barangan yang dirampas daripada banduan berkenaan ialah sebuah telefon bimbit berwarna biru jenama Nokia dan satu SIM Kad Celcom Xpax," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pada 14 Jun lalu, Mohd Faizal melarikan diri ketika hendak menaiki sebuah lori polis di perkarangan Mahkamah Tawau untuk dibawa ke Penjara Tawau bagi menjalani hukuman penjara 20 tahun beserta 20 sebatan dengan rotan atas kesalahan rogol.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata anggota polis yang bertugas pada hari berkenaan akan disiasat bagi menentukan sama ada berlaku kecuaian ketika menjalankan tugas atau sebaliknya.

Katanya pihaknya tidak akan berkompromi berhubung kes itu dan tindakan terhadap anggota berkenaan akan diambil jika wujud unsur kecuaian.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Penjara Tawau , banduan , Ladang Tamaco

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan