Ahli Perniagaan Ditembak Mati Tidak Ada Musuh - Polis

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2016 9:44 AM

Gooi Tan Hock ditembak sebaik melepasi Plaza Tol Sungai Rasau untuk pulang ke kediamannya di Kajang pada Rabu petang.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Siasatan polis mendapati ahli perniagaan yang mati ditembak dalam kenderaannya berhampiran Plaza Tol Sungai Rasau dekat sini Rabu lepas tidak mempunyai musuh dan tiada rekod jenayah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata mangsa yang dikenali Gooi Tan Hock, 43, menjalankan perniagaan menjual meja snooker selama setahun.

"Mengikut keluarga dan rakannya, mangsa tidak mempunyai musuh dan tidak bermasalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di sini, Khamis malam. 

Dalam kejadian kira-kira 4.35 petang Rabu lepas, Gooi dipercayai dari arah Klang menuju ke rumahnya di Kajang ditembak mati oleh seorang suspek bermotosikal yang mengekori rapat kereta Toyota Velfire yang dipandu mangsa. 

Shafien berkata mangsa dipercayai ditembak ketika membayar tol menggunakan kad Touch N Go sebelum terbabas ke arah lorong kiri jalan.

Katanya, hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati dua peluru melekat pada bahagian badan mangsa.

Beliau berkata pihaknya akan menghantar rakaman kamera litar tertutup berhubung kes itu kepada unit forensik bagi mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal suspek. -- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan