'Kebun Durian' Keluarkan Hasil Dadah RM27 Juta

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2016 6:00 PM

Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) bersama dadah disyaki jenis syabu yang dirampas bernilai RM27 juta pada sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pada musim durian sekarang, sebuah kebun durian di Behrang, Perak didapati tidak menghasilkan raja buah itu, sebaliknya menghasilkan dadah bernilai RM27 juta.

Sindiket pengedaran dadah kini menjadikan kebun berkenaan sebagai markas memproses 274 kg syabu bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, taktik itu dibongkarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman apabila sindiket itu tumpas dengan tertangkapnya lapan suspek termasuk dua warga Iran serta dadah tersebut dirampas.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kesemua suspek yang ditahan berumur lingkungan 22 hingga 46 tahun dalam serbuan berasingan di Perak dan Selangor.

"Serbuan pertama dibuat semalam di Behrang dan Tanjung Malim, Perak, kami menahan lima lelaki termasuk dua warga Iran di kebun itu yang terdapat kontena dijadikan makmal memproses dadah," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, di sini, Khamis.

"Ketika serbuan dibuat kelima-lima suspek sedang leka memproses dadah tanpa menyedari kehadiran polis dan turut dirampas adalah ketulan kristal dan cecair disyaki syabu seberat 274 kg yang dianggarkan bernilai RM27 juta," kata Mohd Mokhtar.

Beliau berkata polis turut merampas wang tunai RM42,300 serta empat kenderaan dan menambah, kesemua lima suspek itu positif dadah dengan empat daripada mereka mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.

Susulan penahanan itu, polis menahan tiga lagi suspek lelaki iaitu anggota sindiket itu, di Selangor iaitu di Ulu Bernam, Klang dan Ampang semalam.

Ditanya mengenai penglibatan dua warga Iran dalam sindiket itu, Mohd Moktar berkata mereka diupah oleh suspek tempatan untuk bertindak sebagai 'ahli kimia' bagi menyediakan dadah.

"Kesemua suspek direman selama tujuh hari mulai semalam sehingga Selasa depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Sementara itu, berdasarkan statistik sejak tahun 2011 seramai 21 ahli kimia haram membabitkan warga Iran ditahan daripada 31 penahanan warga asing yang dibuat.
-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan