Cubaan Seludup 72 Ketulan Heroin RM2.1 Juta Ke Australia Digagalkan

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 6:39 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 72 ketulan mampat dadah disyaki heroin bernilai RM2.1 juta ke Australia dengan penahanan lima lelaki tempatan di pintu masuk Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, di sini, Isnin.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kesemua dadah bergred tinggi seberat 27.5 kilogram itu ditemui dalam tiga batang besi dalam satu daripada empat kontena yang ditahan.

"Bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor melancarkan operasi di pintu masuk pelabuhan terbabit kira-kira 1.15 petang.

"Polis menahan dua lori membawa empat kontena bermuatan besi dan pemeriksaan kemudian menemui kesemua dadah tersebut di dalam tiga batang besi pada salah sebuah kontena," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Wan Ahmad Najmuddin berkata polis turut menyita sebuah kereta jenis Proton Persona milik salah seorang daripada yang ditahan.

Beliau berkata cubaan menyeludup dadah ke Australia itu merupakan kes pertama dikesan polis Johor.

Kebanyakan kes dadah sebelum ini hanya diseludup ke Indonesia dan Singapura dalam skala kecil.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap kesemua lelaki itu berumur 35 hingga 40 tahun, mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah dan ujian saringan air kencing menunjukkan hanya seorang positif dadah.

Polis kini sedang menyiasat lebih terperinci mengenai sejauh mana kegiatan pengedaran dadah terbabit dan kesemua lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. 

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan