Empat Lelaki Kurung Dan Rompak Warga Bangladesh Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 1:47 PM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki Bangladesh dikurung dan dirompak sehingga RM10,000 di Taman Pekaka, di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafee Abdul Samad berkata tiga lelaki tempatan dan seorang Bangladesh berusia 19 hingga 30 tahun itu ditahan di sekitar Nibong Tebal dan Parit Buntar, Perak pada Isnin.

"Lelaki Bangladesh yang ditahan itu dipercayai kenalan mangsa dan mengetahui rakan senegaranya itu mahu pulang ke Bangladesh dengan membawa sejumlah wang hasil simpanan semasa bekerja di Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata lelaki berusia 30 tahun itu diikat dikurung di sebuah hotel bajet di Taman Pekaka pada Sabtu dan kumpulan lelaki terbabit merampas wang tunai dan kad bank mangsa.

Shafee berkata suspek mengeluarkan kira-kira RM10,000 duit dalam akaun bank lelaki itu sejak hari Sabtu hingga Ahad.

"Mangsa berjaya melarikan diri pada pukul 9 pagi semalam dan menghubungi  majikannya bagi meminta bantuan," katanya.

Beliau berkata empat lelaki terbabit kini direman lima hari bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: Bangladesh

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan