Remaja Maut Dipukul

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 1:23 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang remaja Myanmar maut selepas dipukul dan ditikam menggunakan batang besi payung di Blok 19 Majestic Height, Paya Terubong, di sini Isnin malam.

Mayat Mohd Ishak Kabir Ahmad, 18, dengan kesan kecederaan di leher dan dada ditemui di hadapan lif di tingkat lima rumah pangsa itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Razaruddin Husain @ Abdul Rasid berkata dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, remaja berkenaan dipercayai bergaduh dengan tiga lelaki Bangladesh apabila seorang daripada lelaki terbabit dikatakan mengambil telefon bimbitnya.

"Mangsa yang tidak puas hati telah pergi ke rumah sewa rakyat Bangladesh terbabit dan meminta telefon bimbitnya menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata remaja yang cedera itu cuba melarikan diri dan sempat menghubungi abangnya yang berada di George Town memberitahu dia ditangkap dan mahu dibunuh oleh sekumpulan lelaki.

Razaruddin berkata susulan kejadian itu, polis menahan tiga lelaki Bangladesh berusia antara 31 dan 33 tahun di kawasan flat berkenaan ketika mereka cuba melarikan diri dengan sebuah kereta.

Polis merampas dua batang besi payung yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan sebuah kereta milik seorang daripada lelaki terbabit, katanya.

Beliau berkata tiga lelaki yang masing-masing bekerja sebagai pembantu bengkel kereta, pekerja kontrak dan operator kilang itu kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan