Dua Rakyat Asing Maut Dalam Kemalangan - Berita Jenayah | mStar

Dua Rakyat Asing Maut Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 12:19 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Dua pekerja binaan warga India dan Bangladesh maut apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki di KM13, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kejadian berlaku kira-kira 3.30 pagi itu menyebabkan pemandu, Faizal, 34, dan penumpangnya, Nur Islam, 30, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Pajero yang dalam perjalanan dari Kota Tinggi menghala ke Sungai Rengit itu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori tangki yang sedang menghala ke Kota Tinggi," katanya menerusi kenyataan.

Rahmat berkata pemandu lori terbabit yang berumur 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Permukaan jalan ketika kejadian adalah kering dan cuaca baik manakala kawasan persekitaran adalah ladang sawit. Kawasan persekitaran juga dalam proses pembinaan melebarkan jalan dan tempat kejadian gelap serta tidak terdapat lampu jalan," katanya.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Tags / Kata Kunci: India
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan