Kedai Buku Dan Pakaian Terbakar Selang 20 Minit

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 5:18 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Sebuah kedai buku di Terminal 1 dan sebuah kedai menjual pakaian di Terminal 2 Seremban di sini, terbakar dalam tempoh selang 20 minit, dipercayai akibat perbuatan khianat.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Afizan Omar berkata kebakaran kira-kira 20 peratus di kedai buku itu melibatkan kerosakan pada rak, kertas, kad, pembalut buku dan siling.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.37 petang tadi, dan tiba di lokasi kejadian kira-kira tiga minit kemudian.

"Ketika bomba tiba, api telah dipadamkan pekerja kedai terbabit. Kejadian dipercayai mempunyai unsur khianat dan siasatan sedang dijalankan bagi mendapatkan maklumat lanjut," katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Hamizan Khaidir berkata bomba menerima panggilan mengenai kejadian kebakaran di kedai menjual pakaian di Terminal 2, kira-kira 1.58 petang dan tiba di lokasi pada 2.03 petang.

"Premis terletak di bahagian bawah dan apabila kita tiba, api telah berjaya dipadamkan...kebakaran ini menyebabkan 10 helai pakaian kanak-kanak yang terdapat pada rak pakaian terbakar.

"Kita sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian yang mana kita percaya terdapat unsur khianat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Dearah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya sedang mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di premis tersebut.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan