Dua Pegawai Kastam Ditahan Gara-Gara Minta Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 10:33 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Dua pegawai Jabatan Kastam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis selepas disyaki meminta rasuah daripada seorang pemilik bot di Kuala Perlis pada Isnin.

Pengarahnya Yaakob Angah berkata seorang lelaki awam turut ditahan dirumahnya di Kuala Perlis kerana disyaki bersubahat dengan pegawai kastam berkenaan pada Selasa.

Menurutnya pegawai-pegawai kastam berumur dalam lingkungan 40-an itu didakwa meminta RM4,000 daripada pemilik bot terbabit supaya dilepaskan daripada didakwa membawa stok diesel berlebihan untuk diseludup ke negara jiran pada Ahad lepas.

"Pasukan SPRM bagaimanapun menemui wang RM3,000 sahaja daripada mereka semasa diberkas petang Isnin," kata Yaakop dalam kenyataan.

Beliau berkata kedua-dua pegawai kastam itu ditahan reman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) AktaSPRM 2009 manakala lelaki yang bersubahat pula disiasat mengikut Seksyen 28 akta sama. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Pegawai Kastam

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan