Kanak-Kanak Lelaki Lebam Didakwa Dipukul Bapa - Berita Jenayah | mStar

Kanak-Kanak Lelaki Lebam Didakwa Dipukul Bapa

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 6:21 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun lebam di belakang badan dan kaki, disyaki dipukul ayahnya kerana dikatakan tidak mendengar kata.

Ketua Polis Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata, kanak-kanak itu dilapor dipukul dengan rotan dan penyangkut baju di rumah mereka di Relau, Jumaat lepas.

"Ibu kanak-kanak itu membawanya ke hospital pada 11 Jun lepas untuk pemeriksaan dan rawatan dan dia ditahan di wad. Doktor yang membuat rawatan menyarankan ibu kanak-kanak itu membuat laporan polis kerana ia disyaki kes penderaan kanak-kanak," katanya di sini, Isnin.

Wanita berusia 33 tahun yang merupakan seorang suri rumah itu membuat laporan polis pada Isnin.

Mior Faridalatrash berkata berikutan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun untuk membantu siasatan kes itu dan dia kini direman tiga hari sehingga Rabu ini.

Polis turut merampas satu rotan dan penyangkut baju yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu, katanya.

Kanak-kanak itu kini berada di bawah jagaan ibunya. - Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan