Tindakan Pantas Jiran Selamatkan Warga Emas Dalam Kebakaran - Berita Jenayah | mStar

Tindakan Pantas Jiran Selamatkan Warga Emas Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 2:20 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tindakan pantas seorang jiran berjaya menyelamatkan seorang wanita warga emas dalam kebakaran sebuah rumah papan di Lorong Harmoni, Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Azmi Abbas berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran pada 8.29 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian.

Beliau berkata ketika kejadian, warga emas itu, Samijam Samingan, 72, tinggal berseorangan di rumah berikutan dua anak lelakinya keluar bekerja.

"Kebakaran yang bermula di bahagian dapur rumah itu dikesan oleh jiran bersebelahan dikenali Sauri Said berusia dalam lingkungan 60-an lalu bertindak menyelamatkan mangsa.

"Api dapat dikawal sepenuhnya oleh bomba dalam masa sembilan minit selepas tiba di tempat kejadian," katanya.

Azmi berkata jiran dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kebakaran yang menyebabkan rumah warga emas itu hangus sepenuhnya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan