Pendakwaan Tanpa Kehadiran Mangsa Jenayah Seksual Di Mahkamah

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 1:03 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Penambahbaikan terhadap undang-undang jenayah seksual, antara lain bagi membolehkan pendakwaan kes jenayah seksual dilakukan tanpa kehadiran mangsa di mahkamah akan dibincangkan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata perbincangan berhubung perkara itu antara agensi-agensi di bawah kementeriannya akan diadakan minggu hadapan.

"Dalam Kanun Keseksaan memang sudah ada sebahagian daripada undang-undang (termasuk) mengenai paedofil dan sebagainya.

"Sistem (negara) kita berdasarkan sistem pendakwaan, makanya penjenayah kena hadir ke mahkamah dan mangsa kena hadir ke mahkamah untuk beri keterangan terhadap tertuduh," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Disebabkan faktor agama dan budaya, mangsa malu untuk ke mahkamah bagi memberi keterangan, katanya mengulas mengenai warga Britain Richard Huckle yang dikenakan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan jenayah seks ke atas 23 kanak-kanak di Malaysia dan Kemboja.

"Sebab kenapa Richard Huckle boleh beroperasi bertahun-tahun tanpa ada orang melaporkan kepada pihak polis adalah kerana budaya kita yang lebih meletakkan stigma atau malu kepada mangsa dan bukan kepada pesalah.

"Jadi, sesiapa yang menjadi mangsa, dia malu untuk berhadapan. Mungkin ada kelemahan dalam sistem kita," katanya.

Nur Jazlan memberi contoh pendakwaan ke atas penjenayah seksual di United Kingdom tidak memerlukan kehadiran mangsa sebaliknya pendakwaan dilakukan menerusi bukti-bukti lain.

Beliau berkata penambahbaikan boleh dilakukan terhadap undang-undang sedia ada ataupun mengkaji kemungkinan mewujudkan akta baharu.

Selain itu, katanya kerajaan juga akan melatih pegawai yang mahir dalam "dark web" misalnya bagi meningkatkan pemantauan ke atas laman web berkaitan jenayah seksual.

Terdahalu, Nur Jazlan menyampaikan bantuan Ramadan kepada 400 penerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Baharu di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan