Bekas Mangsa Culik Abu Sayyaf Masih Di Sabah - Polis

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 2:16 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Empat rakyat Malaysia dari Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina dan dibebaskan pada Rabu lepas masih lagi berada di Sabah bagi membantu siasatan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.

"Masih di Sabah," kata Abdul Rashid menerusi aplikasi WhatsApp di sini, Ahad.

Ditanya bila keempat-empat mereka dijangka dibawa pulang ke Sarawak, beliau berkata belum pasti.

Keempat-empat mereka ialah adik beradik Wong Teck Kang ,31, dan Wong Teck Chii ,29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien ,21, dan seorang lagi anak kapal bot tunda, Wong Hung Sing ,34. Mereka diculik di perairan Pulau Ligitan, berhampiran Semporna pada 1 April lepas.

Pada Jumaat, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata keterangan keempat-empat individu terbabit mula diambil sejurus mereka tiba di Kota Kinabalu dari Sandakan pada Rabu.

Awang Sahari meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai pembebasan mangsa yang boleh mengelirukan orang ramai.

Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan