20 Pelumba Haram Ditahan Dalam Operasi Khas

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 1:43 PM

Mohamad Ka Razak (kiri) bersama para anggotanya memeriksa sebuah kereta dalam Ops Khas membenteras lumba haram di jalan Teluk Bahang menghala Balik Pulau awal pagi Ahad. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Polis menahan 20 pemandu kereta dalam Ops Khas selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan lumba haram di Jalan Teluk Bahang, di sini menghala ke Balik Pulau awal pagi Ahad.

Ketua Penguat Kuasa Trafik Baratdaya ASP Mohamad KA Razak berkata operasi membabitkan 15 anggota itu dijalankan pada kira-kira 1 pagi selepas menerima aduan daripada orang awam terutamanya pada setiap hujung minggu.

"Mereka mengadu tidur mereka terganggu oleh bunyi kereta yang kuat," katanya kepada pemberita di sini.  

Beliau berkata siasatan awal mendapati seorang daripada pemandu kereta itutidak memiliki lesen memandu sah dan keretanya dirampas.

Selain itu, katanya 10 daripada kereta itu turut dirampas kerana didapati telah diubah suai dan tidak mematuhi spesifikasi ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan. 

Tags / Kata Kunci: Ops Khas , Balik Pulau , Ditahan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan