Suami Isteri Ditahan, Dadah Bernilai RM17,000 Dirampas

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2016 11:31 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Sepasang suami isteri dan seorang pemuda diberkas bersama pelbagai jenis dadah yang bernilai hampir RM17,000 pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata ketiga-tiga mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di bandar Bukit Besi kira-kira pukul 9.30 pagi.

Katanya hasil pemeriksaan di bahagian ruang tamu, pihaknya mengesan seorang lelaki berusia 31 tahun dan menjumpai serbuk putih dipercayai syabu kira-kira 8.8 gram bersamanya.

"Pemeriksaan lanjut di bilik bahagian dapur rumah tersebut kita menemui pasangan suami isteri berkenaan...kita juga terpaksa memecahkan pintu bilik tersebut ekoran penghuni enggan membuka pintu," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut di dalam bilik yang dihuni pasangan suami isteri itu, pihaknya menemui 22 botol plastik berpenutup kuning berisi dadah dipercayai heroin serta dadah jenis syabu kira-kira 1.67 gram yang disembunyikan di dalam sebuah beg.

Susulan penahanan itu pihaknya berjaya merampas dadah jenis heroin bernilai RM 15,400 dan syabu kira-kira RM 1,100.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine.

Ahmad Zailani berkata dua suspek lelaki berasal dari Kelantan manakala wanita berkenaan yang berasal dari Dungun ditahan reman sehingga 15 Jun ini untuk siasatan lanjut.

Katanya hasil semakan rekod juga mendapati kesemua mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. 

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan