Empat Rakyat Malaysia Dibebaskan Penculik Dibawa Ke Kota Kinabalu

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2016 6:32 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Selepas berjumpa dengan anggota keluarga dan selesai menjalani pemeriksaan kesihatan di sini, empat mangsa culik dari Sarawak yang dibebaskan kumpulan militan Abu Sayyaf, dibawa ke Kota Kinabalu.

Mereka dibawa ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat Polis Diraja Malaysia pagi tadi.

Setibanya mereka dari selatan Filipina, mereka dibawa ke sebuah hotel di sini untuk bertemu dengan anggota keluarga mereka.

Keempat-empat mereka ialah adik beradik Wong Teck Kang ,31, dan Wong Teck Chii ,29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien ,21, dan seorang lagi anak kapal bot tunda, Wong Hung Sing ,34, diculik di perairan Pulau Ligitan, Semporna pada 1 April lepas.

Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi berkata hasil pemeriksaan kesihatan yang dilakukan mendapati mereka dalam keadaan baik.

"Untuk makluman, (keempat-empat mangsa) tidak dibawa ke hospital tetapi pegawai perubatan kami telah menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas keempat-empat mangsa (di hotel) dan kesemua didapati dalam keadaan baik," katanya kepada Bernama. 

Hari ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media di ibu negara berkata empat bekas mangsa culik itu akan dibawa ke Kota Kinabalu untuk diambil keterangan sebaik sahaja mereka selesai menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu, anggota keluarga keempat-empat mangsa turut dibawa ke Kota Kinabalu dengan menaiki penerbangan AirAsia pada tengah hari tadi.

Cubaan Bernama dan media lain untuk menemu bual anggota keluarga berkenaan di Lapangan Terbang Sandakan tidak dapat dibuat selepas mereka yang diiringi polis masuk menerusi pintu kenamaan.

Di Kota Kinabalu, wartawan yang menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) juga gagal menemui keluarga mangsa untuk ditemu ramah.

Sebaik sahaja pesawat AirAsia yang membawa mereka dari Sandakan mendarat di KKIA kira-kira 4 petang, kesemua anggota keluarga mangsa dibawa menaiki dua buah kenderaan polis ke destinasi yang tidak diketahui.

Ketika kenderaan berkenaan melalui wartawan, penumpang di dalam dua buah kenderaan berwarna merah berkenaan cuma menundukkan kepala sambil melindungi wajah mereka menggunakan tangan. -- Bernama 

Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf , Sarawak , Filipina

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan