Polis Kenal Pasti Dua Mangsa Pesalah Pedofil

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2016 1:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bukit Aman telah mengenal pasti dua mangsa pesalah pedofil, Richard Huckle.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan terus bekerjasama dengan rakan sejawatan di Britain untuk mengenal pasti lebih ramai mangsa.

"Ya kami dimaklumkan pada 2014 tetapi mereka tidak memberikan maklumat lanjut mengenainya.

"Kami hanya dimaklumkan bahawa dia adalah suspek pedofilia dan tidak lebih daripada itu," kata Khalid kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung perwakilan tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad di sini Khamis.

Beliau berkata polis cuba mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan Huckle dari Britain tetapi tiada maklumat lain diberikan kerana "negara Eropah mengikut undang-undang tidak boleh bekerjasama dengan negara yang menguatkuasakan hukuman mati, jadi timbul masalah."

Khalid berkata polis akan memohon kepada pihak berkuasa Britain untuk menyoal siasat Huckle yang berdepan hukuman penjara seumur hidup atas 23 pertuduhan yang disabitkan terhadapnya.

Pesalah pedofil dari Britain itu dijatuhi hukuman tersebut di London pada Isnin selepas didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap 23 kanak-kanak dan bayi di Malaysia serta Kemboja selama hampir satu dekad.

Huckle, 30, akan menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 23 tahun kerana melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak berusia antara enam bulan dan 12 tahun dari keluarga miskin di Kuala Lumpur.

Dia didapati bersalah terhadap 71 pertuduhan berkaitan penderaan seksual dan polis menjumpai lebih daripada 20,000 gambar lucah dan video kanak-kanak di komputer riba dan kamera miliknya ketika ditahan di Lapangan Terbang Gatwick, London pada 2014.


Tags / Kata Kunci: Bukit Aman , Richard Huckle , pedofilia

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan