Bayi Empat Bulan Maut Dalam Kemalangan Di Semporna

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2016 3:09 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Seorang bayi perempuan berumur empat bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandu ayahnya melanggar bahagian belakang sebuah lori sampah di Kilometer 2, Jalan Seri Melor, malam Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, Naurah Faqihah Mohd Ayub meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibunya, Nur Hafizah Nasiri, 28, mengalami kecederaan parah dengan patah tangan kiri dan tulang belakang.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Peter Umbuas dalam kenyataannya hari ini berkata ketika kejadian, kenderaan yang dipandu ayah mangsa, Mohd Ayub Maidi, 28, dalam perjalanan dari Kampung Bugayah ke pekan Semporna.

Katanya apabila tiba di lokasi kejadian, Mohd Ayub gagal mengelak lalu melanggar bahagian kanan belakang lori sampah berkenaan yang diletakkan di tepi jalan.

Akibat perlanggaran itu, kenderaan dipandu Mohd Ayub terbabas ke dalam gaung di sebelah kanan jalan manakala lori sampah berkenaan ke sebelah kiri jalan.

Peter berkata ketika kejadian, Naurah Faqihah dipercayai dipangku oleh ibunya di kerusi penumpang sebelah pemandu.

Mohd Ayub dan seorang lagi anaknya, Mohd Hafuz Munawwar, 2, hanya mengalami cedera ringan.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Peter menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika meletakkan kenderaan di tepi atau bahu jalan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, di Kota Kinabalu, 34 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) cedera selepas bas ekspres sewa yang dinaiki mereka terbabas di simpang masuk pejabat pentadbiran UMS kira-kira pukul 4.30 petang Selasa.

Sebanyak 23 pelajar diberi rawatan di klinik Warga UMS manakala 11 pelajar lagi dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra dalam kenyataannya berkata siasatan awal pihaknya mendapati kejadian berlaku akibat kegagalan brek bas berkenaan daripada berfungsi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: bayi , maut , kemalangan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan