Dua Ditahan Samun Lelaki Mabuk

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2016 8:08 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan dua lelaki yang sedang menyamun barangan milik seorang lelaki mabuk di Jalan Lebuh Pantai, di sini awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata, dua sahabat berusia 19 dan 20 tahun itu ditahan pada 3.30 pagi oleh sepasukan polis yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan selepas melihat mereka dalam keadaan mencurigakan.

"Sepasukan anggota polis dari Balai Polis Lebuh Pantai yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Lebuh Pantai telah ternampak kelibat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta di tepi jalan.

"Intipan polis mendapati mereka sedang menggeledah dan menyelongkar kereta milik seorang lelaki yang sedang tidur dalam kenderaan itu kerana mabuk," katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata, dua lelaki itu cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis dan berlaku pergelutan sebelum mereka berjaya ditahan.

Mior Faridalatrash berkata, hasil pemeriksaan dalam bakul motosikal mereka, polis menemui jam tangan, dompet, wang tunai dan pelbagai dokumen milik mangsa berusia 27 tahun yang mabuk itu.

Katanya, dua lelaki yang tidak bekerja itu kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan dan polis tidak menolak kemungkinan mereka aktif menyamun serta mencuri di sekitar daerah itu. 

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan berhubung kes cederakan majikan kerana tidak berpuas hati dengan tunggakan gaji suspek.

"Lelaki itu ditahan di Tanjong Tokong awal pagi semalam selepas pihak polis menerima satu laporan daripada majikannya berhubung kejadian mangsa berusia 20-an dicederakan dalam pergaduhan dengan pekerjanya Jumaat lepas.

"Dalam kejadian itu, suspek turut merampas beg pinggang mangsa yang mengandungi sejumlah wang sehingga menyebabkan lelaki itu terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian siku dan lutut," katanya.

Mior Faridalatrash berkata, lelaki yang bekerja di sebuah pusat membeli-belah itu turut mengugut akan mencederakan mangsa jika gagal membayar tunggakan dan melawan dalam kejadian berkenaan.

Katanya, lelaki yang turut mempunyai rekod jenayah lampau itu kini direman dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 327 Kanun Keseksaan. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan