Dua Sepupu Maut Terkena Renjatan Elektrik

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2016 11:58 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Dua sepupu, yang juga pemilik sebuah kedai kitar semula, maut selepas terkena renjatan elektrik dalam kejadian kebakaran di premis berkenaan di Jalan Bagan Lalang di sini, Isnin malam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, Koi Kok Leng, 35, dan Koi Ang Leng, 37, maut di tempat kejadian selepas gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran membabitkan kabel elektrik di situ.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang, Penolong Kanan Penguasa Mohd Azman Hussin berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.30 malam dan tiba di di tempat kejadian 11 minit kemudian.

"Sebaik tiba kami dapati dua lelaki berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya di sini.

Beliau berkata, pihak bomba pada mulanya tidak dapat mengeluarkan mangsa kerana terdapat lebihan kabel elektrik di kawasan lantai dua lelaki itu ditemui.

Selain itu, katanya terdapat takungan air di tempat mangsa ditemui dan kedudukan mereka mungkin mengandungi arus elektrik.

Mohd Azman berkata, pihaknya turut mendapat bantuan daripada Tenaga Nasional Berhad untuk mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian.

Katanya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Punca kejadian masih dalam siasatan, katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan lanjut kes itu masih dijalankan dan setakat ini ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, pihak polis akan merekodkan keterangan daripada pekerja di situ bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan