Polis: Suspek Rogol Kelar Diri Sendiri

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 4:01 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang suspek kes rogol yang dibawa ke mahkamah dengan kenderaan polis dari Balai Polis Nilai untuk direman bertindak mengelar dirinya dengan pisau.

Dia menerima 50 jahitan akibat daripada tindakannya itu.

Ketua Polis negeri, DCP Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, kejadian itu disaksikan oleh 14 suspek lain yang turut diangkut dalam Black Maria yang sama bagi kesalahan lain.

"Suspek berbohong bahawa dia tidak mengetahui bagaimana dia diancam hingga mengakibatkan luka di leher dan pergelangan tangan.

"Kami mempunyai bukti yang cukup untuk menunjukkan dia mengelar dirinya dengan pisau yang disembunyikan di dalam beg sandang," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Tambah beliau kejadian itu berlaku kira-kira 1km dari Kompleks Mahkamah Seremban.

Suspek yang berusia 25 tahun itu sebelum ini membuat laporan polis pada 2 Jun dengan mendakwa dia telah diserang oleh beberapa pegawai dari Kementerian Dalam Negeri selepas ditangkap di sebuah kedai di Bandar Baru Nilai pada kira-kira pukul 3 pagi pada 25 Mei lalu.

Beliau mendakwa tidak sedarkan diri selepas diserang oleh polis di Balai Polis Nilai.

Tags / Kata Kunci: Kes Rogol

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan