Polis Jejaki Lokasi Dikunjungi Huckle

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 6:34 PM

Richard Huckle.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti lokasi di sekitar Kuala Lumpur yang dikunjungi lelaki warga British yang juga penghidap pedofilia, Richard Huckle.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan (JSJ) (Siasatan dan Perundangan) Bukit Aman, Datuk Law Hong Soon berkata polis mengambil keputusan untuk turun ke lapangan bagi menjejaki lokasi dikunjungi suspek dalam usaha mengenal pasti kanak-kanak yang didera secara seksual oleh Huckle sepanjang tempoh lelaki itu berada di sini dari 2005 hingga 2014.

"Buat masa ini, kami telah mengenal pasti lokasi dan telah pergi ke beberapa lokasi yang dikunjungi suspek.

"Kami juga sedang mengesan kanak-kanak yang menjadi mangsa untuk menjalani proses pemulihan," katanya ketika ditemui pada program Fun Run di Taman Tasik Perdana di sini.

Law berkata polis turut mengenal pasti mereka yang dipercayai menjadi kenalan Huckle.

"Kami dalam proses merekodkan kenyataan mereka yang pernah berhubung dengan Huckle sementara menunggu Agensi Jenayah Kebangsaan Britain (NCA) untuk berkongsi lebih banyak maklumat mengenai aktiviti tidak bermoralnya di sini.

"Kami masih belum menerima sebarang laporan daripada mangsa atau penjaga mahupun ibu bapa mereka," katanya.

Ditanya mengapa polis gagal mengesan kegiatan sumbang Huckle, Law berkata pekerja sosial itu memasuki negara ini dengan dokumen perjalanan yang sah.

"Polis tidak dapat mengenal pasti jenayah kejam suspek kerana dia menggunakan laman web gelap yang hanya boleh diakses oleh ahlinya sahaja," kata Law.

Huckle, 30, menghabiskan masa selama beberapa tahun melakukan jenayah terkutuk itu semasa berada di Malaysia dengan bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris dan jurugambar.

Dia ditahan memiliki lebih 20,000 gambar penderaan kanak-kanak dan mengaku melakukan serangan seksual terhadap kira-kira 200 kanak-kanak.

Dia ditahan di Lapangan Terbang Gatwick, United Kingdom pada Disember 2014.

Tags / Kata Kunci: Richard Huckle , pedofilia

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan