Melecur Kerana Selamatkan Jiran Berusia 100 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 5:45 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang wanita melecur pada muka ketika menyelamatkan jirannya yang berusia 100 tahun dalam kebakaran di Kampung Tanjung Bendahara di sini.

Dalam kejadian 2 petang tadi, Saadah Awang, 64, menyelamatkan Hitam Yaakob iaitu ibu kepada jirannya.

Jirannya Rohima Ahmad, 57, berkata beliau mahu memandikan ibunya apabila menyedari berlaku percikan api daripada kotak fius di bahagian bawah rumah dua tingkat yang disewanya sejak empat tahun lalu.

"Saya terus menjerit meminta tolong sebelum Saadah dan menantunya datang dan mengangkat ibu saya keluar dari rumah. Saya kemudian masuk semula ke dalam rumah untuk mengejutkan tiga orang cucu saya yang sedang tidur di ruang tamu serta menyuruh seorang anak saya agar menyelamatkan diri.

"Saadah yang merupakan tuan rumah saya cedera di muka," katanya.

Suami Saadah, Omar Hanafi, 71, berkata isterinya yang juga merupakan pesakit jantung dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Kebakaran dipadamkan pihak bomba. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: melecur , kebakaran

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan