Kematian Menantu TPM: Polis Ambil Keterangan Kakitangan Klinik Gigi

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 5:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung kematian menantu timbalan perdana menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia pada Rabu susulan rawatan gigi di Bangsar.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis merakam percakapan mereka yang terdiri daripada kakitangan klinik gigi itu dan individu lain.

"Punca kematian masih belum dikenal pasti dan polis masih dalam proses mendapatkan laporan bedah siasat daripada hospital," katanya.

Amar Singh berkata kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Syed Alman Zain, 44, merupakan suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, 37.

Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik bersama seorang rakan pada kira-kira 6 petang Rabu untuk mendapatkan rawatan gigi sebelum tidak sedarkan diri.

Menurut seorang anggota keluarga, Allahyarham kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan disahkan meninggal dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan