567 Kes Kanak-Kanak Bawah Umur Hilang Sehingga Mei - Law

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 9:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman merekodkan sebanyak 567 kes kanak-kanak di bawah 18 tahun hilang sejak awal Januari sehingga 31 Mei lepas.

Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan JSJ Bukit Aman Datuk Law Hong Soon berkata daripada jumlah itu, 374 kanak-kanak telah berjaya ditemui semula.

"Daripada jumlah yang sama (567), dilaporkan sebanyak 193 lagi kanak-kanak di seluruh negara masih hilang dan kini sedang dikesan polis.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri dan mempromosi program 'Fun Ride' Portal Kanak-Kanak Hilang di Tasik Perdana, di sini, Jumaat.

Law berkata Selangor menunjukkan paling banyak kes kanak-kanak hilang bawah 18 tahun mengikut statistik dengan sejumlah 285 kes pada tahun lepas diikuti Johor (264 kes), Kedah (234 kes) dan Kuala Lumpur (175 kes).

Beliau berkata kebanyakan kes kanak-kanak hilang yang dilaporkan adalah berpunca daripada masalah keluarga, ingin mencari kebebasan dan lari ikut kekasih serta kawan.

"Kebanyakan kanak-kanak yang hilang berumur antara lingkungan 12 dan 18 tahun setiap tahun," katanya.

Law berkata bagi menangani masalah ini, polis bercadang untuk menggunakan teknologi 'Face Recognition System' bagi mengesan kanak-kanak hilang, tetapi perkara berkenaan masih berada di peringkat perbincangan lagi.

Portal Kanak-Kanak Hilang telah dilancarkan pada 8 Julai lepas oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Portal itu menyediakan platform untuk masyarakat menyemak dan menyalurkan maklumat tentang kanak-kanak hilang di bawah umur 18 tahun secara terus dalam talian. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kanak-kanak , hilang , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan