Van, Mercun Bernilai RM34,000 Dirampas

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 2:44 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Kelantan merampas sebuah van dan mercun yang kesemuanya bernilai RM34,000 dalam serbuan di Kampung Banggol Kong, Pasir Mas, dekat sini malam Selasa.

Komandernya Mohd Asri Yahya berkata pihaknya menemui van jenis Ford Econovan berwarna putih ditinggalkan di kawasan semak ketika serbuan dilakukan.

"Hasil pemeriksaan terhadap van tersebut, kami dapati terdapat 29 kotak mengandungi mercun pelbagai jenis," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Aksem di sini, Rabu.

Mohd Asri berkata selepas setengah jam menunggu dan tiada individu yang datang menuntut atau mengaku pemilik barangan itu, kenderaan dan mercun itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Aksem untuk tindakan lanjut.

Difahamkan mercun itu berasal dari Thailand dan akan dipasarkan di sekitar Lembah Klang sempena sambutan Aidilfitri akan datang.

Beliau berkata rampasan berkenaan dibuat sejam setelah Op Pacak bersepadu yang dikendalikan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), berakhir semalam.

"Ini adalah kes pertama selepas Op Pacak selesai dan ia menunjukkan sindiket ini hanya menunggu peluang menyeludup barang larangan tersebut," katanya.

Beliau berkata barangan yang dirampas itu akan diserahkan kepada JKDM untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barang larangan.

Mohd Asri berkata Aksem Kelantan akan meningkatkan lagi pemantauan memandangkan Ramadan tinggal beberapa hari sahaja lagi, selain sentiasa bekerjasama dengan orang awam bagi menumpaskan aktiviti penyeludupan haram.

Pada 15 Mei lepas, JKDM melancarkan Op Pacak selama 15 hari yang memberi tumpuan terhadap kawasan 'panas' aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Tags / Kata Kunci: mercun , Aksem

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan