Tiga Terbunuh Selepas Myvi Terbabas Ke Dalam Parit

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 7:43 PM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Tiga terbunuh apabila sebuah Perodua Myvi hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit di Lebuhraya Utara Selatan di sini.

Kereta berkenaan melanggar pembahagi jalan yang menyebabkan ia terbalik sebelum terbakar dan tercampak ke dalam parit.

Akibat hentakan kuat, tiga mangsa wanita tercampak keluar dari kereta dan dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu seorang lagi mangsa wanita cedera parah dan dibawa ke hospital.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 1.45 petang.

"Tiga orang disahkan mati di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah," katanya.

Kejadian itu telah menyebabkan lorong kanan lebuh raya itu ditutup kepada lalu lintas yang menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh 2 kilometer.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan