Ketua Geng Rem Sawit Maut Ditembak Polis

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 2:35 PM

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan (dua, kiri) ketika mengadakan sidang media di Ipoh, Selasa. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan samun 'Geng Rem Sawit' ditembak mati oleh anggota polis di Lebuhraya Ipoh-Lahad dekat Taman Lahad Indah, kira-kira 13 kilometer dari sini malam Isnin.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, sepasukan anggota polis pada mulanya bertembung dengan suspek yang sedang menunggang motosikal.

"Menyedari kehadiran polis, suspek yang berumur 24 tahun itu secara tiba-tiba melepaskan dua das tembakan ke arah anggota polis apabila dia cuba ditahan.

"Salah satu tembakan suspek telah mengenai pintu kereta peronda. Dalam usaha mempertahankan diri, anggota polis telah membalas tembakan dan terkena pada badan suspek," katanya dalam sidang media di sini Selasa.

Beliau berkata susulan kejadian itu, pihak polis turut melakukan dua serbuan berasingan di Ipoh dan Batu Gajah kira-kira 2 pagi tadi bagi mengesan anggota kumpulan terbabit.


"Hasilnya polis berjaya menahan dua lelaki berumur 26 dan 33 tahun.Kedua-dua supek dan lelaki yang ditembak itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk dadah, bunuh dan samun," kata Hasnan.

Beliau berkata geng berkenaan dikesan aktif melakukan samun sekitar Ipoh, Batu Gajah, Kampar dan Tapah mulai awal tahun ini.

"Kumpulan ini turut terlibat dalam satu kes samun di pejabat timbangan sawit di Tapah yang menyebabkan kerugian lebih kurang RM30,000," katanya.

Beliau berkata polis kini sedang mengesan beberapa lagi anggota kumpulan itu yang masih bebas.
Tags / Kata Kunci: Geng Rem Sawit , Datuk Hasnan Hassan , samun

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan