Cameron Highlands Selamat Dikunjungi

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 10:25 PM

Pekerja ladang sayur terpaksa berjalan menggunakan jambatan sementara untuk memunggah hasil tani.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Cameron Highlands selamat dikunjungi termasuk bagi melakukan aktiviti riadah bersama keluarga terutama pada musim cuti sekolah sekarang, kata Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Zainalabidin Othman.

Beliau berkata runtuhan jambatan di perkampungan Orang Asli di Pos Terisu pada Ahad lepas tidak menjejaskan keselamatan orang ramai seperti yang tersebar dalam laman sosial.

"Jangan ada pihak yang memanipulasi fakta dan melempar tohmahan kononnya Cameron Highlands tidak selamat untuk dikunjungi sedangkan tiada apa-apa yang berlaku di sini," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Beliau berkata pihaknya bersama Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Imigresen serta beberapa agensi lain telah meninjau lokasi jambatan runtuh itu pada Selasa.

"Jambatan itu sedang dalam pembinaan semula dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh terdekat," katanya.

Dalam kejadian Ahad lepas, jambatan sepanjang 12.2 meter itu, yang merupakan laluan utama penduduk perkampungan Orang Asli di Pos Terisu, runtuh menyebabkan 853 penduduk terkandas.

Jambatan itu, yang terletak di Batu 49, Kuala Terla, runtuh akibat rempuhan air sungai yang naik mendadak berikutan hujan lebat di antara 2 hingga 3 pagi.

Sementara itu, Zainalabidin berkata ketika tinjaun jambatan runtuh dilakukan, pihaknya dan Jabatan Imigresen menahan enam lelaki warga asing dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar kawasan itu.

"Mereka terdiri daripada tiga warga Bangladesh, dua warga Myammar dan seorang warga India yang ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Zainalabidin keenam-enam lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Cameron Highlands , Pos Terisu

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan